sila tinggal jejak untuk dijejak semula

Monday, March 25, 2013

For the next 60 days: aku takut

Lagi lebih 60 hari kut nak kawen?
Apa rasa?
Dugaan dah mula rasa..
Hal dgn kad kawen yg tersalah date..waaaaa cuai nya saya..x perasan mistake semua,
Hal Borang kebenaran nikah asyraf yg dah jatuh dalam lopak air n basah lencun jadi nya,habis tulisan mencair..
Dgn hal issue dah berenti kerja n jd suri rumah tak bergaji, opkos la nnt duit ni x cukup..
Huaaaaa..

Macam2 rasa sekarang ni.. Rasa Doubt makin menggebu2 dalam hati..
sampai ada bisikan jahat mahat setan dalam hati yang ragu2 kan hati ni.betul ke aku patut kawen ni.. Kenapa Allah susahkan hal nikah kawen ni bagi kami?
Mak ayah pulak, masalah kecik2 pun besar2 kan smpai aku rasa stress amat .
Almaklumla, anak first diorg nak kawen, dah bkn macam aku yang nak kawen ni..sume diorg eksited lebih nak ada itu..ada ini..eh eh sapa yang kawen ni.haha

Haila, susahnya nak kawen..

tp bila pk pk balik, susah ke aku ni?
Baru dugaan kecik banding dgn org lain punya dugaan..
reflect la diri sendiri wahai pengantin2 semua termasuk aku yang suka menggelabah ni
Allah nak bg tau kut yang kawen ni tak mudah.
Berusahalah overcome masalah2 kecik ni dgn patience n faith.
Allah nk train kita jd org yang jgn nak menggelabah sgt bila ada masalah ni
haha, lepas kawen lagi kne ada patience yg tinggi..maklum la nak tolerate dgn the other half kita.
sigh..muhasabah diri la salbiah oii.
Kalau menda2 kecik gini pn dah boleh buat ko goling2 atas katil sambil sepak terajang bantal dgn gaya paling ayu sbb nak lepas geram n sedih, bawak2 lah ubah perangai.( marah diri sendiri laju), nnt dah ada suami, mcm2 lg nk kena sabar.
Baik la..baik la( Jawab dalam hati)

 eh eh tp..lately slalu pk, mcm mana nak kongsi katil, alamari n barang2 lain dengan the other half saya.
almaklum la, sal tak pernah berkongsi, sbb tak pnah ada adik or kakak pempuan.adik pun laki, beza umur pun 5 tahun, jarang la penah share apa2 ngan dia.boleh ke redhakan hati kongsi apa sahaja dgn suami.klau dia buat sepah, mesti geram je.sendsiri nk sepah xp..hikssssssss.apa punya perangai daaaa.
tuh bru part kongsi, belum share katil lg...
Ngeri!
dah la dri sendiri stok suka guling2 jelajah satu katil time tdo tuh. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..ampun kan kerakusan n ketaksopanan saya wahai kanda ( eh tp dia x baca blog, so cnfirm tak tau! yes yes)..hailaaaaa, kne belajar bersopan tdor di atas katil, segala gaya tido spiderman, batman n otromen tuh terpaksa di campak dalam lombong supaya suami tak pengsan kena karate dgn bini nnt. ahaaaaaaaa.
kne belajar tinggalkan space dlm almari untuk baju suami.tak pyah nak conquer sgt la salbiah!
kne belajar dgr kata suami.
kalau dia ckp hitam, hitam la si isteri patut menurut. slagi x bertentangan agama kan.

Dalam hati,
Mampu tak aku jadi isteri yg baik
aku yang sengal2 monyet ni
yang slalu ikut hati sendiri bila nk buat apa2
yang babil n degil ,
yang emo jek sokmo
 yang susah nk ikut ckp org lain especially bila approach org tuh mcm tak berkenan di hati ni
ahhh perangai diva sgt la ko ni salbiah
jadi la isteri durhaka, tak bau syurga lah kamu I marah diri sendiri lagi)
sigh


Aku takut..
but i wont back out.
sbb aku tau, apa yang Allah rencana kan ialah sebaik2 perancangan
n sbb aku yakin..
Asyraf mampu tarbiahkan Salbiah yang sengal2 monyet ni bidadari dia.
Isteri yang mendamaikan jiwa, menyenangkan hati suami
awal2 lg asyraf dah cucuk jarum ni.
mcm bagi2 hint suruh pkai tudung besar2 sikit.takmo pendek2
takmo over2
cukup cntik untuk dia.
hehe, Insyallah kanda.klu dah kawen, x boleh elak2.
dah perintah suami.
eh skrg pun dah perintah Allah ni!

baik baik.sedang di usahakan..sedang tarbiah hati untuk berubah.
walaupun x drastik.walau masih merangkak..harus juga berjuang.
ke arah kebaikan.
semoga lg 60 hari, dah ada suami yang mampu tarik tangan ini,
bawak aku berlari ke arah kebaikan.
tidak lagi merangkak sbb takut jatuh.
tp berlari dgn yakin, sbb dah ada tempat berpaut.
walau kita dua org ni banyak dosa, fragile sgt hati ni.rasanya bila sorg2,mudah je nak terkeluar dr landasan mencari redha Allah.
Dr landasan menuju syurga.

semoga dgn perkahwinan ini, aku dgn dia semakin kuat berlari ke arah destinasi mencari redha ilahi..

eh eh dah macam nasyid pulak rasanya.
ni aku mls bab2 luah perasaan ni.tp rasa lega.rasa smgt balik.
yeay mari sambung uruskan hal kawen2.

doakan kami kawan2.
doakan jodoh kami hingga ke syurga.
doakan bait al muslim yang kami tgh ushakan untuk bina

sbb tanpa doa kalian, siapalah kami.
semoga doa kalian dapat tolong kami melalui hari2 sukar sebelum kawen ni n bila dah kawen

amin..








No comments:

Our Journey~